Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan
Minggu, 16 Maret 2014
Bekas perompak penagih insaf


Bekas perompak turut meninggalkan nota.
SIKAP perompak yang insaf dan memulangkan kembali wang tinjauan rompakan sememangnya jarang terjadi dan harus dicontohi.
Meskipun kejadian berlaku lebih 12 tahun lalu, namun dia nekad mengembalikan wang yang dirompak dalam usahanya untuk kembali membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Walaupun tidak berdepan secara bersemuka dengan pemilik wang, tindakan bekas perompak itu meninggalkan sampul surat berisi nota tulisan tangan meminta maaf dan wang AS$400 (RM1,300) harus dipuji.
Dalam notanya, bekas perompak itu menjelaskan, dia tidak lagi mengambil dadah dan mahu membetulkan kesilapan terhadap mereka yang pernah disakitinya.
Pewaris kedai runcit InterAsian Market & Deli di Nashville, Amerika Syarikat Somboon Wu berkata, walaupun tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia ingin masyarakat tahu lelaki itu perlu diberikan peluang kedua.
“Kami berasa terharu dengan sikap bekas perompak ini. Dia perlu dipuji kerana telah insaf. Tindakannya itu memberi inspirasi kepada bekas perompak yang senasib dengannya. Kepada lelaki ini, kami ingin memberitahu, anda telah dimaafkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kemakmuran dalam hidup,” katanya pada laporan Daily Mail
Wu dan bapanya Keosavanh Xayarath memuat naik gambar nota itu di laman Twitter dan Instagram dengan keterangan: “Kami telah dirompak kira-kira 11 atau 12 tahun lalu. Hari ini kami terkejut menerima nota ini daripada perompak yang mengembalikan semula wang tunai".
Wu menerima kedatangan seorang lelaki tidak dikenali awal bulan lalu yang berkeras menyuruhnya menerima sampul surat. Tanpa diketahui, lelaki itu adalah lelaki sama yang melakukan rompakan bersenjata dan melarikan wang lebih AS$300 (RM980) lebih sedekad lalu.
Minggu, 09 Februari 2014
Wafi Bekas Suami Anne Ngasri Sudah Bertunang
Masih ingat lagi dengan entri gambar kekasih baru Wafi yang Abang Nara kongsikan baru-baru ini? Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Dan pada 28 Oktober yang lalu, pasangan bercinta ini sudah pun mengikat tali pertunangan. Tahniah diucapkan.


Selengkapnya
Nampaknya Wafi lebih bernasib baik di dalam percintaan berbanding dengan bekas isterinya, Anne Ngasri. Nama tunang Wafi ialah Rafeda Razif. Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi. Mereka berdua dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini.
Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Wafi dan Rafeda. Semoga majlis pernikahan kelak akan berjalan dengan lancar.
Langganan:
Postingan (Atom)