Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan
Minggu, 29 Desember 2013
Hari Angkatan Tentera Jalan Sekitar KL Ditutup

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Rabu untuk raptai dan sambutan sempena Hari Angkatan Tentera ke-80, pada Sabtu.
Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim berkata jalan terbabit akan ditutup setiap hari dari 6 pagi hingga 12 tengah sehingga Sabtu.
Antara jalan terbabit ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.
Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, menurutnya dalam kenyataan di sini Rabu.
Sementara, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan ditutup dari 9 malam pada Jumaat sehingga 4 petang, Ahad. – BERNAMA
Minggu, 15 Desember 2013
KK Dirompak 11 Kali Dalam Masa 10 Hari
Susulan beberapa siri rompakan melibatkan Pasar Raya KK Super Marts, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Douglas K.K. Chai meningkatkan kawalan keselamatan di premis berkenaan.
Antaranya mengupah pasukan keselamatan untuk membuat rondaan di setiap cawangan KK selain meningkatkan anggota dalam pasukan bertindak mereka, dengan empat orang daripadanya dibekalkan senjata pistol.
Setiap premis turut dipasang lebih 16 kamera CCTV terutama yang merekodkan pintu masuk pasar raya.
KK yang merupakan rangkaian pasar raya 24 jam sebelum ini dilaporkan telah dirompak sebanyak 11 kali dalam masa 10 hari oleh 5 lelaki bersenjatakan parang.
Kumpulan perompak ini, dipercayai berusia lingkungan 20an tidak memakai topeng muka ketika melakukan rompakan di sekitar Lembah Klang. Mereka menggunakan kenderaan sama iaitu Proton Satria berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran palsu WLV 964.
Sumber: THE STAR ONLINE
Langganan:
Postingan (Atom)