Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Dayana Masih Satu Satunya Isteri Saya – Ashraf Muslim

Akhirnya setelah lama berdiam diri, Ashraf Muslim tampil untuk memberikan kenyataan buat pertama kali mengenai status rumahtangganya. Sebelum ini, kecoh dibuatnya apabila ada pihak memaklumkan yang Ashraf Muslim bakal berkahwin buat kali kedua. Malah dikatakan Ashraf Muslim sudah ke mahkamah untuk membuat permohonan tersebut.
ashraf muslimTambah menghangatkan suasana, seorang wanita yang bernama Sakinah turut tampil membuat pengakuan. Menurut Sakinah, Dayana, isteri Ashraf Muslim redha jika dia berkahwin dengan suaminya itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, Ashraf Muslim menegasnya yang hanya Dayana isterinya. Kata Ashraf:-
Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar
ashraf
Semoga perkahwinan Ashraf dan Dayana tidak akan mengalami keretakan akibat kontroversi ini. Apa pun, kalau benar Ashraf Muslim berkemampuan daripada segi zahir dan batin, tidak salah kiranya untuk berkahwin satu lagi. Yang penting, perlu dapat keizinan daripada isteri. Semoga segala masalah antara mereka dapat diselesaikan. Sama-samalah kita doakan. sumber

Selengkapnya

Minggu, 29 Desember 2013

Isteri jurutera dilari buruh Indonesia


KUANTAN - Seorang jurutera buntu apabila isteri yang dikahwininya 11 tahun lalu tiba-tiba hilang disyaki dibawa lari oleh empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita sejak Jumaat lalu.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia percaya isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, dilarikan warga asing yang diupah melakukan kerja pengubahsuaian rumah ibu mertuanya di Felda Bukit Sagu di sini.

"Sejak Jumaat lalu, Idayu tidak pulang malah keempat-empat pekerja Indonesia itu termasuk seorang wanita juga tidak lagi datang bekerja," kata bapa kepada tiga anak itu semasa ditemui pemberita di sini semalam.
Idayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kain tudung dan jubah wanita selain menjadi suri rumah menjaga tiga anak mereka berumur enam, tujuh dan 10 tahun.

Mohd. Riduan memberitahu, kehilangan isterinya dimaklumkan oleh ibu mertuanya, Rosnah Latif, 50, dan ketika itu dia berada di Qatar kerana bekerja di sebuah syarikat petroleum di negara itu.

  kosmo.com.my
Selengkapnya