Tampilkan postingan dengan label mata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mata. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Kerana Bertengkar Wanita Ini Tuang Gam Super ke Mata Telinga Lelaki Tua

 
Kerana bertengkar, seorang wanita nekat menuangkan gam super ke mata dan telinga seorang lelaki tua di Australia. Pertengkaran di antara keduanya terjadi ketika perayaan Paskah.

Seperti dilansir news.com.au, Selasa (2/4/2013), lelaki berusia 64 tahun dan wanita berusia 58 tahun ini tinggal satu bumbung di salah satu rumah di kawasan Sebastopol, Melbourne, Australia. Insiden ini terjadi pada    31Mac 13 malam waktu setempat.

Menurut polis  setempat, Sersan Senior Paul Kinna, si wanita sempat mencekik mangsa ketika keduanya sedang bertengkar. Kemudian si wanita menuangkan gam super ke mata dan salah satu telinga si lelaki itu.

Akibat insiden ini, si lelaki yang tidak disebutkan namanya,   dikejarkan ke rumah sakit terdekat, Ballarat Base Hospital, sebelum akhirnya dirujuk ke Melbournes Eye and Ear Hospital. Ketika ini, lelaki tersebut dilaporkan dalam kondisi stabil.

Masih menurut Sersan Kinna, wanita ini juga sempat berusaha membakar si lelaki dan memukullnya dengan kaki palsu miliknya. Namun tidak dijelaskan lebih lanjut masalah yang memicu pertengkaran keduanya. Juga tidak dijelaskan hubungan antara mereka berdua.

Kini, wanita ini dalam penahanan polis setempat. Dia dijerat 3 dakwaan penyerangan, termasuk satu dakwaan melakukan perbuatan sembrono yang membahayakan nyawa orang lain. detikNews
Selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH MEMANG WUJUD

Yaritza Oliva mengejutkan doktor apabila menangis air mata darah. - AGENSI
Ungkapan "Air mata darah" Sering di ucapkan dalam drama dan filem melayu, Tetapi ungkapan itu telah menjadi kenyataan pada masa kini. Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.

Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.

LIHAT VIDEO :

Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Yaritza Oliva 20 tahun
Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.

Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.
Ini air mata darah asli bukan rekaan 
Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI
Selengkapnya