Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Pembelasah anggota polis ditahan


SELASA, 10 APRIL 2012

Anggota polis dicederakan dibantu rakan.





KUCHING - Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak bertinjauan.

Katanya, suspek dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak ganas dengan memukul Lans Koperal Amzari Othman, 33, dari Balai Polis Sungai Maong, selepas diminta polis bersurai dari stadium.

“Suspek ditahan reman sehingga siasatan selesai dan baju yang dipakai ketika kejadian turut disimpan untuk dijadikan bahan bukti.

“Saya meminta penyokong Sarawak atau pelawat datang ke stadium menyaksikan perlawanan supaya tidak terlalu emosi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak diingini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kota Sentosa, di sini, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, dua anggota Polis Anti Rusuhan (Poru) yang cuba meleraikan kekecohan antara penyokong Sarawak dan Kelantan itu diserang dua penyokong yang bertindak ganas dengan menumbuk seorang daripada anggota polis terbabit sehingga pengsan.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu, saling mencemuh sebelum pergaduhan tercetus.

Mangsa dikejarkan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, sebelum dibenarkan pulang.
Selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Adi Putra Disiasat Polis Didakwa Punyai Skandal

Adi Putra

Siapa pun pasti tidak akan menyangka dan terkejut saat membaca berita ini. Mana tidaknya, pelakon yang kita kenali dengan perwatakan dan disiplin yang baik tiba-tiba saja didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain.
Menerusi laporan Berita Harian, pelakon berusia 32 tahun ini dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya. Tak cukup disitu, Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit.
Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.
Namun, menerusi laporan Rotikaya hari ini, kami difahamkan bahawa Adi Putra turut membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut.
Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya. Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur.
Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lepas, dia telah memasang ‘loudspeaker’ sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.
Nampaknya, ini merupakan isu yang paling panas kami kira selepas bulan puasa berakhir. Ia bukanlah isu yang boleh dibuat main dan kami pasti, ramai peminat yang tertunggu-tunggu dengan cerita sebenar. - Ohbulan

Selengkapnya