Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan
Minggu, 29 Desember 2013
12 Kereta Perisai Dan 2 Helikopter Tiba Di Sabah 22 Gambar
LAHAD DATU - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - Bernama

.jpg)
Jumat, 20 Desember 2013
Ceroboh Sabah Pakatan gesa kerajaan keluar kertas putih
sinarharian
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Selengkapnya
3 Mac 2013
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak membentangkan satu laporan - kertas putih - berhubung insiden di Lahad Datu, ekoran pertumpahan darah kelmarin, dengan memanggil sidang khas Parlimen dalam masa terdekat.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat kini dalam keadaan kebingungan dengan apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.
"Kita minta penjelasan daripada kerajaan tentang status keselamatan negara. Kita mahu tahu sejauh mana keupayaan pertahanan kita?
"Kerana kini rakyat rasa tidak selamat, oleh itu kerajaan perlu kembalikan keyakinan rakyat. Oleh itu minta satu laporan kertas putih dibentangkan segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Langganan:
Postingan (Atom)