Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

VIDEO Keadaan Sebenar Meteor Terhempas di Russia

[VIDEO] Keadaan Sebenar Meteor Terhempas di Russia | Ngeri! sangat menakutkan apabila aku terlihat video ni. Ia merupakan kejadian yang dianggap paling besar dalam sejarah tahun 2013. Satu meteor yang terhempas ke bumi telah terhempas di Rusia.


gambar Meteor terhempas di Rusia
Dah macam roket pun ada jugak aku tengok.

Daripada video yang aku lihat, keadaan menjadi gelap seketika di saat meteor itu melintasi langit bumi sebelum ia meletup di udara. Dengan cahaya yang begitu terang sekali ketika ia meletup, serpihan letupan itu jugak turun bagaikan hujan membasahi kawasan itu.

Dianggarkan 6 buah kota rosak teruk akibat daripada serpihan tu dan lebih 400 orang tercedera akibat kejadian itu. Nasib baik meteor itu meletup di udara, kalau betul-betul terhempas ke permukaan bumi aku rasa memang akan terjadi satu kemusnahan yang lebih besar.


Lagi dijangkakan satu Asteroid yang semakin hampir dengan bumi iaitu 2012 DA14 pula dikenal pasti mungkin akan jatuh ke bumi jugak. Lagi info berkaitan Asteroid terbaru boleh korang baca kat sini.

Kejadian meteor ini mengingatkan aku pada janji Allah di mana hari kiamat nanti akan bertaburan bintang-bintang (meteor) ke bumi dengan dasyatnya. Adakah ini petanda awal? 
Selengkapnya

Sabtu, 08 Februari 2014

Padah tiru video Gangnam Style


Video Lifeguard Style  undang kemarahan majikan penyelamat kolam renang di El Monte.
Video Lifeguard Style undang kemarahan majikan penyelamat kolam renang di El Monte.El Monte: Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.

Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.
Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh
Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.
Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.

Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.

Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.
Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.

Lagu Psy kalahkan Bieber
Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk mengtinjauankan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat.

Agensi
Selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

Askar Mujahideen Terbunuh Ketika Cuba Selamatkan Gadis Dirogol Video




Empat askar Mujahideen dilaporkan terbunuh ketika dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan seorang gadis yang terdampar di sebuah jalan dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh askar Hizbullah, baru-baru ini.

Askar yang telah merogol gadis terbabit sengaja mahu menjadikan mangsanya sebagai perangkap untuk menembak mati askar Mujahideen yang mahu membantunya.

Nampaknya krisis di Syria semakin hari semakin membimbangkan terutama buat kaum wanita dan kanak-kanak.

Askar-askar di sana ternyata mengambil kesempatan dengan kelemahan kaum Hawa sehinggakan sanggup merogol dan mendera mereka demi memuaskan nafsu mereka sendiri. 


Kredit

Selengkapnya