Sabtu, 01 Februari 2014

MotoGP Zulfahmi Terpaksa Tarik Diri


SEPANG – Muhammad Zulfahmi Khairuddin disahkan tidak dapat beraksi dalam perlumbaan Moto3 pada Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Zulfahmi terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan di pergelangan tangannya yang menjejaskan pergerakan walaupun telah disuntik dengan ubat penahan sakit.

Kesakitan tersebut dirasai ketika sesi pemanas badan pagi Ahad.

Pada aksi latihan bebas dan aksi kelayakan (Jumaat dan Sabtu), Zulfahmi mempamerkan prestasi positif walaupun dalam masa sama terpaksa juga menanggung kesakitan di bahagian bawah pinggul.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baharu menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario Quirón Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lalu. – mStar Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar