Sabtu, 08 Maret 2014

VIDEO Keadaan Sebenar Meteor Terhempas di Russia

[VIDEO] Keadaan Sebenar Meteor Terhempas di Russia | Ngeri! sangat menakutkan apabila aku terlihat video ni. Ia merupakan kejadian yang dianggap paling besar dalam sejarah tahun 2013. Satu meteor yang terhempas ke bumi telah terhempas di Rusia.


gambar Meteor terhempas di Rusia
Dah macam roket pun ada jugak aku tengok.

Daripada video yang aku lihat, keadaan menjadi gelap seketika di saat meteor itu melintasi langit bumi sebelum ia meletup di udara. Dengan cahaya yang begitu terang sekali ketika ia meletup, serpihan letupan itu jugak turun bagaikan hujan membasahi kawasan itu.

Dianggarkan 6 buah kota rosak teruk akibat daripada serpihan tu dan lebih 400 orang tercedera akibat kejadian itu. Nasib baik meteor itu meletup di udara, kalau betul-betul terhempas ke permukaan bumi aku rasa memang akan terjadi satu kemusnahan yang lebih besar.


Lagi dijangkakan satu Asteroid yang semakin hampir dengan bumi iaitu 2012 DA14 pula dikenal pasti mungkin akan jatuh ke bumi jugak. Lagi info berkaitan Asteroid terbaru boleh korang baca kat sini.

Kejadian meteor ini mengingatkan aku pada janji Allah di mana hari kiamat nanti akan bertaburan bintang-bintang (meteor) ke bumi dengan dasyatnya. Adakah ini petanda awal? 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar