Minggu, 29 Desember 2013

Hari Angkatan Tentera Jalan Sekitar KL Ditutup


KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Rabu untuk raptai dan sambutan sempena Hari Angkatan Tentera ke-80, pada Sabtu.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim berkata jalan terbabit akan ditutup setiap hari dari 6 pagi hingga 12 tengah sehingga Sabtu.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, menurutnya dalam kenyataan di sini Rabu.

Sementara, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan ditutup dari 9 malam pada Jumaat sehingga 4 petang, Ahad. – BERNAMA
Selengkapnya

12 Kereta Perisai Dan 2 Helikopter Tiba Di Sabah 22 Gambar


LAHAD DATU - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.
Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.
Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - Bernama














Selengkapnya

Isteri jurutera dilari buruh Indonesia


KUANTAN - Seorang jurutera buntu apabila isteri yang dikahwininya 11 tahun lalu tiba-tiba hilang disyaki dibawa lari oleh empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita sejak Jumaat lalu.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia percaya isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, dilarikan warga asing yang diupah melakukan kerja pengubahsuaian rumah ibu mertuanya di Felda Bukit Sagu di sini.

"Sejak Jumaat lalu, Idayu tidak pulang malah keempat-empat pekerja Indonesia itu termasuk seorang wanita juga tidak lagi datang bekerja," kata bapa kepada tiga anak itu semasa ditemui pemberita di sini semalam.
Idayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kain tudung dan jubah wanita selain menjadi suri rumah menjaga tiga anak mereka berumur enam, tujuh dan 10 tahun.

Mohd. Riduan memberitahu, kehilangan isterinya dimaklumkan oleh ibu mertuanya, Rosnah Latif, 50, dan ketika itu dia berada di Qatar kerana bekerja di sebuah syarikat petroleum di negara itu.

  kosmo.com.my
Selengkapnya

Sabtu, 28 Desember 2013

Wow! Sungguh terharu ! Malawi Jual Pesawat Kepresidenan Untuk Beri Makan Rakyat Lapar

6 Sep 2013
 
 foto: The Nation
Lilongwe, - Wow! Pemerintah Malawi menjual pesawat kepresidenan untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh dari penjualan pesawat itu sebesar US$ 15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Banda menjadikan penjualan pesawat tersebut sebagai prioriti  pemerintahannya.

"Dana US$ 15 juta yang kami dapat dari penjualan jet kepresidenan akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebagian lagi digunakan untuk produksi kacang-kacangan," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilansir The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Penjualan pesawat ke perusahaan Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu memang cukup menguras kas negara. Sebabnya, biaya pemeliharaan dan asuransinya mencapai US$ 300 ribu se tahun.

Pemerintah Malawi sempat membuat geram negara-negara bantuan  Barat, yang biasanya menyumbang 40 persen dari anggaran, ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu wan Mutharika membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan memangkas bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds. Kondisi ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.

Namun Banda yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penghematan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebesar 30 persen dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet.
   Sumber:detikNews
Selengkapnya

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang" Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"
Selengkapnya

Bina peti surat bentuk pistol

New Jersey: Seorang peminat fanatik pistol membina sebuah peti surat gergasi berbentuk revolver.44 Magnum.

Roger Buchko, 49, dari bandar Lopatcong, New Jersey, menghasilkan ciptaannya itu berdasarkan pistol Smith & Wesson yang dimilikinya.

Dia menyiapkan peti surat berkenaan dua minggu lalu dan sejak itu semua suratnya dimasukkan menerusi muncung pistol berkenaan.

Buchko memperoleh idea itu selepas melihat rekaan serupa di Internet dan menghabiskan beberapa jam sehari selama empat bulan untuk membinanya.

BUCHKO menunjukkan peti surat miliknya yang berbentuk pistol revolver.

Menurutnya, dia tidak berniat untuk membuat sebarang kenyataan politik di sebalik peti surat berkenaan.


“Ia hanya projek peribadi saya,” kata Buchko.

Tempat meletak peluru pistol berkenaan yang boleh dipusingkan dibuat daripada kayu sementara pemegang dan larasnya daripada paip PVC.

Butchko, bekas pembuat kabinet berkata, setakat ini, peti suratnya itu menerima reaksi positif.

Sekurang-kurangnya 500 orang sudah mengambil gambarnya.

“Mereka sukakannya. Tidak ada yang memberi reaksi negatif, kecuali seorang yang melontar telur pada peti surat saya itu,” katanya. - Agensi
Selengkapnya

Jumat, 27 Desember 2013

Seorang reporter ditangkap kerana memotret seluar dalam


Seorang reporter sekaligus fotografer yang diberi tugas untuk meliput acara kelulusan dari sebuah SMA di Moore, Oklahoma, Amerika Serikat (AS), ditangkap. Reporter tersebut bernama Nathaniel Zeke Campfield (31) ditangkap, Sabtu pekan lalu, setelah ketahuan memotret dengan membidik bagian bawah rok para pelajar tersebut.
Dilansir NY Daily News, Campfield yang juga meliput badai tornado Oklahoma, sengaja merendahkan kamera dan membidik bagian bawah skirt pelajar perempuan di Cox Convention Center, Oklahoma City.

NY Daily News
Berdasarkan laporan yang masuk, beberapa di antara pelajar perempuan, lahir tahun 2000, merupakan korban badai tornado. Satu di antaranya mengalami patah tangan akibat badai tornado dan berusaha melindungi bagian intim tubuhnya saat Campfield berusahan memotret bagian bawah tubuhnya. Camfield menghadapi tuntutan melakukan kekerasan fisik.
“Saya disarankan untuk tidak berbicara,” demikian kata Campfield. Sejumlah saksi mengatakan mereka melihat Camfield mengarahkan kamera ke bagian bawah rok para pelajar dan mendengar bunyi klik.
Polisi berusaha menemukan kamera sang reporter namun kartunya sudah hilang. Meski sudah dicari di seluruh area tempat acara kelulusan, polisi tidak bisa menemukan kartu dan memverifikasi jika foto tersebut benar-benar diambil oleh Camfield.
Selengkapnya