Selasa, 31 Desember 2013

Tiket Konsert Linkin Park Live Di Malaysia 19 Ogos 2013

Harga Tiket konsert Linkin Park Live di Malaysia pada 19 Ogos 2013. Kepada peminat tegar Linkin Park, anda mungkin tidak akan melepaskan peluang emas ini untuk menyaksikan persembahan LP secara live. Konsert dengan tema ‘Living Things’ jelajah Asia di Malaysia ini akan diadakan pada jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

linkin park

Harga Tiket Linkin Park 19 Ogos 2013


Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas, manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 (VIP).

Tempahan Online Tiket

Sila layari http://www.ticketcharge.com.my

SUMBER


Selengkapnya

Kerana Bertengkar Wanita Ini Tuang Gam Super ke Mata Telinga Lelaki Tua

 
Kerana bertengkar, seorang wanita nekat menuangkan gam super ke mata dan telinga seorang lelaki tua di Australia. Pertengkaran di antara keduanya terjadi ketika perayaan Paskah.

Seperti dilansir news.com.au, Selasa (2/4/2013), lelaki berusia 64 tahun dan wanita berusia 58 tahun ini tinggal satu bumbung di salah satu rumah di kawasan Sebastopol, Melbourne, Australia. Insiden ini terjadi pada    31Mac 13 malam waktu setempat.

Menurut polis  setempat, Sersan Senior Paul Kinna, si wanita sempat mencekik mangsa ketika keduanya sedang bertengkar. Kemudian si wanita menuangkan gam super ke mata dan salah satu telinga si lelaki itu.

Akibat insiden ini, si lelaki yang tidak disebutkan namanya,   dikejarkan ke rumah sakit terdekat, Ballarat Base Hospital, sebelum akhirnya dirujuk ke Melbournes Eye and Ear Hospital. Ketika ini, lelaki tersebut dilaporkan dalam kondisi stabil.

Masih menurut Sersan Kinna, wanita ini juga sempat berusaha membakar si lelaki dan memukullnya dengan kaki palsu miliknya. Namun tidak dijelaskan lebih lanjut masalah yang memicu pertengkaran keduanya. Juga tidak dijelaskan hubungan antara mereka berdua.

Kini, wanita ini dalam penahanan polis setempat. Dia dijerat 3 dakwaan penyerangan, termasuk satu dakwaan melakukan perbuatan sembrono yang membahayakan nyawa orang lain. detikNews
Selengkapnya

Senin, 30 Desember 2013

RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI



RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI
1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.
2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.
4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.
5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…
ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!
6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!
7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.
8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)
9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.
10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?
11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.
13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.
14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…
15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini.
16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia .
17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kafir, setakat ini kontinjen² negara PBB yang datangnya dari negara² melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.
SUMBER

Selengkapnya

Maznah “Chetz” Direman Sehingga Jumaat Ini

PETALING JAYA – Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya direman selama dua hari sehingga Jumaat.
Maznah Mohd Yusof, 38, direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Rabu.
Polis menahan Maznah selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.
Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.
Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu). – mStar Online
Selengkapnya

Konyol Tidur Siang Paling Berbahaya di Dunia


Oregon Bagi pecandu adrenalin Brian Mosbaugh, tak pernah ada kata puas dalam mencari tantangan. Semua hal berbahaya sudah dicobanya, termasuk tidur bergelantungan di atas tali yang digantung dengan ketinggian 2.000 kaki.

Aksi Brian ini diabadikan oleh rekannya yang berprofesi sebagai fotografer Tyler Roemer. Brian saat itu sedang tidur siang di atas seutas tali di Yosemite National Park, Amerika.

"Brian adalah seorang teman yang baik dan seorang pendaki yang sangat berbakat," ujar Tyler seperti dilansir The Sun, Kamis (7/6/2012).

Menurut Tyler, sangat sulit untuk melakukan aktivitas Brian. Dia harus membangun struktur talli yang aman, di tengah lokasi yang sukar untuk dijangkau.

"Ini adalah gaya hidup spontan yang membuat saya semakin tertarik pada fotografi petualangan," ujarnya.

Anda tertarik mencoba?

source
Selengkapnya

Minggu, 29 Desember 2013

Hari Angkatan Tentera Jalan Sekitar KL Ditutup


KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Rabu untuk raptai dan sambutan sempena Hari Angkatan Tentera ke-80, pada Sabtu.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim berkata jalan terbabit akan ditutup setiap hari dari 6 pagi hingga 12 tengah sehingga Sabtu.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, menurutnya dalam kenyataan di sini Rabu.

Sementara, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan ditutup dari 9 malam pada Jumaat sehingga 4 petang, Ahad. – BERNAMA
Selengkapnya

12 Kereta Perisai Dan 2 Helikopter Tiba Di Sabah 22 Gambar


LAHAD DATU - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.
Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.
Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - Bernama














Selengkapnya