Senin, 16 Desember 2013

Anwar Umno mula kempen pelampau agama

 Malaysiakini
  •  Ogos 9 2012
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.
"Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud,

"Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar