Minggu, 15 Desember 2013

KK Dirompak 11 Kali Dalam Masa 10 Hari

kk

Susulan beberapa siri rompakan melibatkan Pasar Raya KK Super Marts, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Douglas K.K. Chai meningkatkan kawalan keselamatan di premis berkenaan.
Antaranya mengupah pasukan keselamatan untuk membuat rondaan di setiap cawangan KK selain meningkatkan anggota dalam pasukan bertindak mereka, dengan empat orang daripadanya dibekalkan senjata pistol.
Setiap premis turut dipasang lebih 16 kamera CCTV terutama yang merekodkan pintu masuk pasar raya.
KK yang merupakan rangkaian pasar raya 24 jam sebelum ini dilaporkan telah dirompak sebanyak 11 kali dalam masa 10 hari oleh 5 lelaki bersenjatakan parang.
Kumpulan perompak ini, dipercayai berusia lingkungan 20an tidak memakai topeng muka ketika melakukan rompakan di sekitar Lembah Klang. Mereka menggunakan kenderaan sama iaitu Proton Satria berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran palsu WLV 964.
Sumber: THE STAR ONLINE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar