Selasa, 17 Desember 2013

Skandal RM40 juta KEADILAN ke Hong Kong bertemu ICAC

KUALA LUMPUR 25 Okt: KEADILAN akan ke Hong Kong untuk mendapat maklumat daripada Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung penyeludupan RM40 juta kepada Umno Sabah. 

Ini kerana, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, agensi anti-rasuah itu belum memberi pengesahan sama ada siasatan terhadap Musa Aman sudah ditutup siasatannya.
“Selalunya, ICAC akan buat sekurang-kurang kenyataan ringkas, ada atau tidak ada salah laku. Jadi, kita akan hubungi secara rasmi,” katanya.
Ia berikutan ICAC Hong Kong enggan mendedah butiran berkaitan siasatan kes RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapannya kepada Malaysia Kini, ICAC secara ringkas mengucapkan terima kasih kepada portal berita itu yang bertanyakan siasatan itu.
“Kami menghargai pemahaman anda bahawa kami tidak akan mengulas mengenai kes-kes individu,” kata pegawai maklumat media kanannya, Cecily Chik dalam  kenyataan ringkas.

Selain Rafizi yang membuat laporan di Bank Negara Malaysia (BNM), Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa juga membuat laporan sama di BNM cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Dalam SMS Fariz kepada Keadilan Daily, memaklumkan polis mulanya menghalang beliau, malah BNM Sabah enggan menerima lapora berkenaan.
“Kemudian BNM Pusat sendiri arahkan BNM Sabah untuk terima,” katanya yang menyatakan, laporan itu diterima pengurus cawangan, Ishak Musa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar